Majlis Bacaan Yasin Bulan Oktober Tahun 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐍-𝐍𝐔𝐑, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur PETRA telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Bagi Bulan Oktober Tahun 2026 yang bertempat di Surau An-Nur PETRA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PETRA yang hadir memeriahkan dan mengimarahkan majlis ini. Semoga penganjuran majlis ini dapat memberikan ketenangan jiwa, mengeratkan silaturahim serta meningkatkan kefahaman ilmu agama buat kita semua.