Majlis Anugerah Tenaga Kebangsaan (National Energy Awards - NEA) 2026

ππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππππ (πππ) ππππ | ππ ππππ ππππ | πππππ ππππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) dan Suruhanjaya Tenaga telah menganjurkan Majlis Anugerah Tenaga Kebangsaan (National Energy Awards - NEA) 2026 yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Majlis berprestij ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA.
Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Pengerusi SEDA Malaysia, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli Ketua Setiausaha PETRA, YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA dan YBhg. Datoβ Hamzah bin Hussin Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia.
Penganjuran NEA sejak tahun 2018 terus memainkan peranan strategik dalam menterjemahkan aspirasi negara kepada tindakan nyata dengan mengiktiraf kepimpinan, inovasi, dan kecemerlangan organisasi tempatan dalam amalan tenaga mampan. Pada edisi kali ini, PETRA berbesar hati memberikan pengiktirafan kepada 50 organisasi atas pencapaian cemerlang mereka. Buat julung kalinya juga, kesemua subkategori Tenaga Boleh Baharu (TBB) menerima penyertaan daripada pihak industri, menandakan kematangan ekosistem dan peningkatan keyakinan sektor swasta terhadap penyelesaian tenaga bersih di Malaysia.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Tenaga Kebangsaan 2026. Semoga kejayaan ini terus mencetus inspirasi kepada seluruh industri untuk bersama-sama memacu Malaysia sebagai peneraju ekonomi hijau serantau demi masa depan yang lebih makmur, berdaya tahan, dan mampan.