Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟑𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐈𝐂𝐂, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hadir dalam Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.
Dalam perutusan tersebut, YAB Perdana Menteri mengumumkan pelbagai ikhtiar strategik yang berteraskan kebajikan rakyat dan usaha menangani tekanan kos sara hidup.
Langkah-langkah ini merangkumi penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI, penyediaan peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, penyediaan langganan percuma aplikasi AI, serta usaha mempercepat rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu di hospital dan klinik kerajaan.
Di samping itu, penambahbaikan struktur ekonomi turut ditekankan menerusi kenaikan ambang pengecualian e-Invois dan peningkatan dana pinjaman khas buat usahawan serta peniaga kecil.
PETRA menyambut baik segala usaha dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI yang menterjemahkan kejayaan negara kepada limpahan manfaat nyata buat seluruh lapisan masyarakat.