Lawatan Tapak TKSU (Air) Ke Projek RTB Semariang dan Baraj Sungai Sarawak

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐀𝐈𝐑) 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐓𝐁 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐉 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 | 𝟏𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meninjau perkembangan semasa dan isu di lapangan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Semariang dan Baraj Sungai Sarawak.
Lawatan Kerja yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA ini merangkumi lawatan tapak, taklimat serta penilaian terhadap cadangan pelaksanaan RTB Semariang dan isu hakisan di Baraj Sungai Sarawak.
Hasil lawatan ini, tindakan susulan akan dilaksanakan termasuk mesyuarat penyelarasan antara jabatan dan perbincangan teknikal bagi memastikan perancangan projek berjalan secara berkesan dan teratur.
PETRA kekal komited dalam memperkukuh saya tahan infrastruktur pengurusan air negara demi kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.