Lawatan Tapak Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐀𝐊) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐅𝐄𝐑𝐑𝐈𝐍𝐆𝐇𝐈, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
Lawatan tapak sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) bagi Aset Alih dan Fasiliti Suku Tahun Ketiga Tahun 2026 diteruskan ke dua lokasi infrastruktur penting di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Lawatan pertama diadakan di 𝐋𝐨𝐣𝐢 𝐊𝐮𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐅𝐞𝐫𝐫𝐢𝐧𝐠𝐡𝐢 (𝐒𝐓𝐏 𝐏𝐄𝐆𝟐𝟔𝟓) yang dikendalikan oleh Indah Water Konsortium (IWK). Loji ini berfungsi merawat air kumbahan sebelum dilepaskan ke alam sekitar mengikut piawaian yang ditetapkan, sekali gus membantu mengurangkan pencemaran sumber air dan melindungi kesihatan awam.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke 𝐎𝐮𝐭𝐟𝐚𝐥𝐥 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐅𝐞𝐫𝐫𝐢𝐧𝐠𝐡𝐢 di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Infrastruktur ini berfungsi menyalurkan air daripada sistem saliran ke badan air penerima bagi memastikan kelancaran aliran air serta membantu mengurangkan risiko banjir, khususnya ketika hujan lebat.
Lawatan ke kedua-dua lokasi ini memperlihatkan sinergi antara Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan JPS, dua jabatan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), yang saling melengkapi dalam pengurusan kumbahan dan saliran secara cekap, mampan dan bersepadu.
Sinergi ini mencerminkan komitmen PETRA dalam memastikan pengurusan infrastruktur air yang berkesan demi kelestarian alam sekitar, pengurangan risiko banjir serta kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.