Lawatan Tapak KSU PETRA Ke Tapak Projek PLSB Sungai Sarawak

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐋𝐒𝐁 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 | 𝟏𝟑 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐋𝐒𝐁 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat status kemajuan fizikal serta memantau pelaksanaan projek bagi memastikan ia berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Keberhasilan projek PLSB ini amat kritikal dalam memperkukuh sistem tebatan banjir serta pengurusan sumber air demi kesejahteraan penduduk di sekitar Lembangan Sungai Sarawak.