Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri PETRA ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB)

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππ πππππππ ππππππ ππππππππ ππππππ | π πππππππ ππππ | πππ πππππππ πππππππππππ ππππππ, πππππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sesi lawatan rasmi ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Kementerian dan pihak kawal selia, di samping membincangkan hala tuju serta cabaran semasa dalam sektor pembekalan tenaga elektrik di semenanjung Malaysia.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli (Ketua Setiausaha PETRA), YB Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid (Pengerusi TNB), Datuk Ir. Megat Jalaluddin bin Megat Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif TNB), serta barisan kepimpinan tertinggi PETRA dan pengurusan kanan TNB.