Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri PETRA ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST)

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππ πππππππ πππππππππππ ππππππ | π πππππππ ππππ | πππ πππππππ πππππππππππ ππππππ, πππππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.
Sesi lawatan rasmi ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Kementerian dan pihak kawal selia, di samping membincangkan hala tuju serta cabaran semasa dalam sektor pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di Malaysia.
Dalam sesi tersebut, YB Timbalan Menteri turut diberikan taklimat terperinci mengenai fungsi dan operasi ST oleh YBrs. Puan Siti Safinah binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga.
Turut hadir bersama adalah barisan kepimpinan tertinggi daripada PETRA dan pihak pengurusan kanan Suruhanjaya Tenaga.