Lawatan Rasmi Timbalan Menteri PETRA ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Banjir Negara (PRABN)

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππππ πππππππ πππ ππππππ ππππππ ππππππ (πππππ) | ππ πππππππ ππππ | ππππππ, ππ πππππ ππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat pengoperasian sistem ramalan banjir negara serta memastikan tahap kesiapsiagaan infrastruktur amaran awal berada pada tahap optimum. Ketepatan ramalan dan penyampaian amaran yang pantas adalah kritikal dalam meminimumkan risiko bencana serta melindungi keselamatan rakyat dan harta benda.
Dalam sesi tersebut, YB Timbalan Menteri telah disambut dan diberikan taklimat terperinci oleh YBrs. Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Pengarah JPS Malaysia. Taklimat memfokuskan kepada keupayaan teknologi model ramalan hidrologi masa nyata serta integrasi data cuaca bagi meningkatkan tempoh amaran awal kepada penduduk di kawasan berisiko tinggi.