Lawatan Rasmi Timbalan Menteri PETRA ke Pejabat MyPOWER Corporation

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππ πππππππ πππππππ πππππππππππ | ππ πππππππ ππππ | πππ πππππππ πππππππ πππππππππππ, πππππ ππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke pejabat MyPOWER Corporation yang terletak di Bangsar South.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan terkini berkaitan inisiatif reformasi industri bekalan elektrik negara di bawah seliaan MyPOWER. Sesi ini juga menjadi platform penting bagi menyelaraskan strategi peralihan tenaga selaras dengan agenda Kerajaan MADANI ke arah sistem tenaga yang lebih kompetitif dan mampan.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Asdirhyme Rasib, Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Corporation serta barisan pengurusan kanan dan tenaga kerja MyPOWER Corporation.