Lawatan Rasmi Timbalan Menteri PETRA ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππππππ πππππππ ππππππππππππ πππππππππππ (πππ) | ππ π
πππππππ ππππ | πππππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) serta menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga JPP.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah JPP, Hj. Alias bin Mohamed, bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah iaitu Ir. Ts. Hj. Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah, Ir. Huzaini bin Husain dan Puan Nurazimah binti Ramlan, serta barisan Pengarah Bahagian dan pegawai kanan JPP.
YB Timbalan Menteri turut diberikan taklimat mengenai peranan dan inisiatif strategik JPP dalam memperkasa sistem pembetungan negara. Majlis berbuka puasa yang diadakan menjadi wadah mengeratkan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara kepimpinan PETRA dan warga JPP.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PETRA dalam memperkukuh tadbir urus sektor air dan pembetungan demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan alam sekitar.