Lawatan Rasmi Timbalan Menteri PETRA ke Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA)

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππππππ πππππππ πππ | ππ πππππππ ππππ | πππππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) di Putrajaya.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh sinergi antara pucuk pimpinan Kementerian dengan agensi teknikal yang bertanggungjawab dalam merancang serta memantau pembangunan infrastruktur bekalan air negara.
Dalam sesi tersebut, YB Timbalan Menteri telah disambut dan diberikan taklimat terperinci oleh YBrs. Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, mengenai status projek-projek bekalan air kritikal serta strategi mendepani cabaran sekuriti air di Malaysia. Beliau turut menekankan kepentingan integrasi teknologi dalam sistem agihan bagi memastikan rakyat mendapat akses bekalan air yang berkualiti, mampan, dan berterusan.