Lawatan Rasmi Timbalan Menteri PETRA ke Ibu Pejabat JPS

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππ πππππππ πππππππ πππππππππ πππ πππππππ (πππ) | ππ π
ππ ππππ | πππππππππ, ππππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Cyberjaya, Selangor.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik serta meninjau dengan lebih dekat peranan JPS dalam menguruskan sumber air, sistem saliran, dan pengurusan risiko banjir negara. Sesi ini juga menjadi platform penting bagi menyelaraskan inisiatif transformasi air yang menjadi agenda utama Kementerian.