Lawatan Rasmi Delegasi Luar Negara Bagi Program Pelawat Di PETRA

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 “𝐀 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐈𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀’𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓” | 𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima kunjungan delegasi luar negara sempena Program Pelawat “A Familiarisation of Malaysia’s Policy and Development” di bawah kerangka Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) Tahun 2026.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), YBrs. Dr. Safuwan Samah telah memberi taklimat kepada semua peserta yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai PETRA dalam sesi perkongsian pengalaman dan pengetahuan berhubung dasar, pembangunan serta pendekatan Malaysia dalam sektor peralihan tenaga dan pengurusan air, di samping memperkukuh hubungan dan kerjasama teknikal antara Malaysia dengan negara-negara peserta.
Melalui program ini, Malaysia terus memperkasa perkongsian amalan terbaik dan kepakaran dalam menyokong pembangunan yang mampan serta memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang tenaga dan air.