Lawatan Penilaian Teknikal Ke Atas Tiga Permohonan Dana Wakaf Air PETRA

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐀𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟐𝟕 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐈𝐊 & 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Bahagian Pembangunan bersama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah melaksanakan Lawatan Penilaian Teknikal bagi 3 permohonan baharu Dana Wakaf Air PETRA di daerah Sik dan Baling, Kedah.
Lawatan ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai secara terperinci lokasi serta komuniti yang benar-benar memerlukan sumber bekalan air alternatif, di samping menentukan jenis sistem bekalan air yang paling sesuai dan optimum seperti sistem air graviti atau sistem tandak.
Dapatan serta laporan penilaian teknikal ini seterusnya akan diangkat untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu Wakaf Air demi memastikan kelangsungan bekalan air bersih buat masyarakat setempat.