Lawatan Penandaarasan PETRA Ke AirAsia

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀 | 𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐋𝐈𝐀, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui wakil pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PETRA bersama Kelab PETRA telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Ibu Pejabat AirAsia di RedQ, KLIA.
Sesi perkongsian strategik ini memberi tumpuan kepada penerokaan amalan terbaik dalam meningkatkan inovasi organisasi, memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan warga kerja, serta memahami pendekatan mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan berprestasi tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan AirAsia atas sambutan mesra serta perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Semoga segala input dan aspirasi yang diperoleh dapat diadaptasi secara pragmatik demi memperkasakan budaya kerja serta mutu perkhidmatan cemerlang di PETRA.