Lawatan PETRA Skuad Ke PETROS Darul Aman Multifuel Station (MFS)

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐤𝐞 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐒 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐭𝐢𝐟𝐮𝐞𝐥 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐌𝐅𝐒) | 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Selesai sudah lawatan kerja ke projek PLSB Sungai Sarawak, Program PETRA Skuad diteruskan dengan YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meninjau PETROS Darul Hana Multifuel Station (MFS), Kuching.
PETROS Multifuel Station (MFS) merupakan inisiatif strategik SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) dalam membangunkan stesen pengisian tenaga bersepadu yang menggabungkan pelbagai sumber tenaga dalam satu lokasi.
Melalui konsep ini, pengguna dapat mengakses:
- Produk petroleum (RON95, RON97 dan Diesel);
- Kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV); dan
- Kemudahan pengisian hidrogen bagi kenderaan berasaskan hidrogen.
Inisiatif ini pada asalnya dilaksanakan sebagai pembuktian konsep (proof of concept), namun kini telah berkembang menjadi penanda aras kepada kementerian dan agensi berkaitan dalam merangka serta menambah baik dasar tenaga bersih di peringkat negeri dan Persekutuan.