Lawatan Mengejut KSU PETRA ke Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐉𝐔𝐓 𝐊𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐉𝐏𝐏) | 𝟐𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang mana merupakan salah satu agensi di bawah PETRA.
Lawatan tersebut bertujuan bagi menilai tahap kesiapsiagaan jabatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dilaksanakan secara cekap, berintegriti dan berkesan. Lawatan ini turut menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi, disiplin, integriti dan akauntabiliti dalam kalangan warga JPP.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pengurusan tertinggi PETRA dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta membudayakan profesionalisme di semua agensi di bawah kementerian ini.