Lawatan Kerja YB Timbalan PETRA Ke Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)

πππππππ πππππ ππ. ππππππππ πππππππ πππππ ππ πππ πππππππ πππππ πππππ ππππππππππ (πππ) | ππ πππππππ ππππ | πππ πππππππ πππππ πππππ ππππππππππ, πππππ ππππππ
YB Datoβ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) pada 13 Januari 2026.
Sesi lawatan rasmi ini merupakan lawatan pertama YB Timbalan Menteri ke agensi sektor air di bawah PETRA yang bertujuan untuk mendalami hala tuju transformasi sektor air negara. YB Timbalan Menteri juga diberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan Sektor Air PETRA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta IWK.
Dalam rangka lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama warga IWK dan diberi taklimat berkenaan Geographical Information System (GIS).
Turut hadir bersama ialah YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA, YBhg. Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif IWK dan barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan kanan sektor air PETRA dan Jabatan/ Agensi.