Lawatan Kerja Timbalan Menteri PETRA Ke PLSB Sungai Golok

πππππππ πππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππ ππππ ππππππ πππππ | ππ πππππππ ππππ | ππππππ πππππ, ππππππππ
YB Datoβ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), bersama pegawai kanan PETRA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan.
Sesi lawatan kerja ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan di samping memastikan kerja-kerja projek berjalan dengan cekap, teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
Secara keseluruhan, Projek PLSB Sungai Golok menunjukkan perkembangan fizikal yang positif melibatkan tiga (3) fasa utama dan dijangka siap sepenuhnya menjelang April 2029:
- Fasa 1: Kemajuan 73.01% (Jangkaan siap Julai 2027)
- Fasa 2: Kemajuan 3.16% (Jangkaan siap Oktober 2028)
- Fasa 3: Kemajuan 24.18% (Jangkaan siap April 2029)
Sesi lawatan kerja ini turut dihadiri oleh ahli-ahli parlimen dan wakil rakyat tempatan iaitu YB Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Ahli Parlimen Tumpat), YB Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Ahli Parlimen Rantau Panjang), YB Tuan Hj Ahmad Fadhli bin Ashaari (Ahli Parlimen Pasir Mas), YB Tuan Haji Kamaruzaman bin Mohamad (ADUN Gual Periok) dan YB Dr. Hafidzah binti Mustakim (ADUN Kota Lama). Turut serta dalam siri tinjauan ini ialah barisan kepimpinan dan pegawai kanan PETRA serta JPS yang diwakili oleh YBrs. Puan Roshana Alma binti Mohd Ali (SUB Sumber Air, PETRA), YBrs. Encik Amisam bin Ismail (SUB Pembangunan, PETRA), YBrs. Puan Noreha binti Mohd Ripin, Ketua Unit Komunikasi Korporat PETRA, YBhg. Dato' Ir. Marenawati binti Abd Malek (Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia), YBhg. Dato' Ir. Ts. Gs. Dr. Siti Fairus binti Haji Zakaria (Pengarah JPS Negeri Kelantan) serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan JPS. Kehadiran bersama kepimpinan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan wakil rakyat tempatan ini mencerminkan komitmen serta usaha berterusan yang bersepadu dalam menangani isu banjir secara berkesan di negeri Kelantan.
Selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI, PETRA sentiasa memastikan pelaksanaan projek berlandaskan prinsip tadbir urus yang berhemah, telus dan bertanggungjawab, berpandukan keutamaan kepada keselamatan serta kesejahteraan rakyat.