Lawatan Kerja Timbalan Menteri PETRA Ke China Sempena Persidangan Menteri-Menteri Tenaga APEC

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐏𝐄𝐂 | 𝟏𝟏 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐄𝐈𝐉𝐈𝐍𝐆
YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA bersama delegasi PETRA telah mengadakan lawatan rasmi selama 3 hari ke Beijing sempena APEC 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘔𝘪𝘯𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 bagi memperkukuh kerjasama serantau serta diplomasi tenaga Malaysia.
Sepanjang lawatan tersebut, Malaysia menegaskan komitmen peralihan tenaga yang berteraskan rakyat dengan sasaran 70% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang 2050, di samping menekankan keperluan sistem tenaga bersih dan berdaya tahan bagi menyokong pesatnya pertumbuhan teknologi AI, ekonomi digital, serta pusat data.
Pencapaian lawatan ini turut diperkasakan menerusi siri perbincangan bersemuka bersama gergasi industri tenaga China seperti NARI, SGID, SGCC, dan CET. Pertemuan ini membuka ruang kerjasama konkrit dalam aspek pemindahan teknologi, pembangunan sistem tenaga masa hadapan, dan perkongsian kepakaran amalan terbaik.
Secara keseluruhannya, dapatan utama lawatan ini bukan sahaja memperkasakan agenda kesalinghubungan grid dan keselamatan tenaga serantau Asia Pasifik, malah meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik untuk memacu pembangunan tenaga yang selamat, berpatutan, dan mampan demi kemakmuran rakyat.