Lawatan Kerja TKSU (Air) ke Projek Tebatan Banjir di Solok Van Praagh, Jelutong

πππππππ πππππ ππππ. ππππβ ππππ πππππππ πππ ππππ ππππ πππππ, ππππ (π) πππππ ππ ππππππ πππππππ ππππππ ππ πππππ πππ ππππππ, ππππππππ, ππππππ πππππ ππππ, πππππ ππππππ
YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir di Solok Van Praagh, Jelutong, bagi meneliti pendekatan penyelesaian banjir kilat di kawasan bandar berkepekatan tinggi.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai konsep pembinaan serta penggunaan teknologi takungan air bawah tanah sebagai alternatif inovatif dalam pengurusan air hujan, khususnya bagi menangani isu banjir kilat di kawasan bandar yang mempunyai kekangan ruang permukaan.
Pendekatan ini mencerminkan penekanan PETRA terhadap pelaksanaan dasar yang diterjemahkan kepada tindakan konkrit di lapangan, khususnya dalam pengurusan risiko banjir bandar.