Lawatan Kerja TKSU (Air) ke IWA WWCE 2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐊𝐒𝐔 𝐀𝐈𝐑 𝐊𝐄 𝐈𝐖𝐀 𝐖𝐖𝐂𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐆𝐋𝐀𝐒𝐆𝐎𝐖, 𝐒𝐂𝐎𝐓𝐋𝐀𝐍𝐃
Timbalan Ketua Setiausaha (Air) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri telah mengetuai delegasi menghadiri International Water Association (IWA) World Water Congress & Exhibition (WWCE) 2026 yang berlangsung di Glasgow, Scotland.
Pada penganjuran kali ini, Malaysia telah mencatatkan detik bersejarah apabila menerima penyerahan simbolik penganjuran IWA World Water Congress & Exhibition bagi edisi tahun 2028. Penyerahan simbolik 'Native Talking Stick' tersebut telah diterima oleh YBhg. Dato’ TKSU (Air) bersama-sama wakil Malaysian Water Association (MWA) dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi penyerahan rasmi bandar raya Kuching dipilih sebagai tuan rumah penganjuran bagi tahun 2028 kelak.
Di samping itu, YBhg. Dato’ TKSU (Air) turut mengadakan sesi perbincangan strategik bersama penggerak utama Jawatankuasa Tempatan (Local Committees) penganjur IWA WWCE Glasgow bagi meneliti persediaan awal serta amalan terbaik untuk diadaptasi di Kuching pada tahun 2028.
Beliau juga sempat berinteraksi dengan pihak penganjur IWA ASPIRE Conference & Exhibition Manila 2027 bagi memastikan kesinambungan penganjuran persidangan peringkat serantau menuju ke kemuncak IWA WWCE Kuching 2028. Komitmen ini membuktikan kebersediaan Malaysia dalam memimpin wacana dan pengurusan air mampan di peringkat global.