Lawatan Kerja TKSU (Air) Ke Bandar Penawar

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (𝐀𝐈𝐑) 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑 | 𝟏𝟐 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah ke Bandar Penawar, Johor bagi meninjau isu penyelenggaraan sungai dan kolam takungan banjir dari segi tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Penyelenggaraan sungai perlu dilaksanakan bagi memastikan aliran air berada dalam keadaan baik dan lancar, seterusnya mengurangkan risiko berlakunya banjir terutamanya ketika hujan lebat.
Pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sungai, sistem saliran dan kolam takungan banjir secara sistematik dan berjadual adalah penting bagi menjamin keselamatan awam.