Lawatan Kerja Ke Projek PLSB Sungai Sarawak (Pakej 3)

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐋𝐒𝐁 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 (𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝟑) | 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Pergerakan YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) diteruskan dengan turun padang bagi meninjau kemajuan fizikal Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak (Pakej 3).
Projek yang bernilai RM41.96 juta ini telah mula dilaksanakan sejak 21 Mei 2024 dan dijangka siap pada 7 Oktober 2027. Projek ini merangkumi RTB (Rancangan Tebatan Banjir) Sungai Gersik, RTB Sungai Sinjan dan kerja-kerja mendalamkan dan melebarkan Sungai Tengah dan Sungai Minjap, Matang.
Melalui pelaksanaan projek ini, seluas 130 hektar dan dianggarkan seramai 22,600 penduduk di kawasan persekitaran akan terhindar dari risiko bencana banjir.
Secara langsung, projek ini dijangka dapat meningkatkan semula aktiviti sosio-ekonomi serta menjamin kelangsungan perhubungan penduduk setempat di samping mengurangkan kerugian harta benda, kemudahan awam dan kehilangan nyawa akibat banjir.
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA sentiasa prihatin dan cakna dalam memastikan kemampanan pelaksanaan projek-projek Kerajaan untuk memastikan impak yang maksima demi kesejahteraan rakyat dan merangsangkan ekonomi Sarawak.