Kursus Protokol, Etiket dan Pengurusan Majlis

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐊𝐎𝐋, 𝐄𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 | 𝟐𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Kursus Protokol, Etiket dan Pengurusan Majlis pada hari ini bertempat di Dewan Baiduri, Menara Petra. Pengisian bagi kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaharin bin Haris, Setiausaha Sulit kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan seramai 55 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus tersebut.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memastikan warga PETRA dan Jabatan dapat memahami serta dapat mengaplikasikan tatacara protokol dan etiket yang betul dalam pelaksanaan tugas, khususnya ketika mengendalikan majlis rasmi, menghadiri acara rasmi serta berurusan dengan tetamu kenamaan dan pihak berkepentingan. Penguasaan aspek ini penting bagi memastikan setiap majlis dilaksanakan secara teratur, profesional dan selaras dengan amalan serta ketetapan protokol Kerajaan.
Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme, keyakinan dan kompetensi warga PETRA dan Jabatan, di samping memelihara imej serta reputasi Kementerian dalam pelaksanaan majlis dan urusan rasmi Kerajaan.