Kursus Pengukuhan Pasukan PETRA Tahun 2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈 𝟒-𝟔 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈 𝐞𝐑𝐘𝐀 𝐛𝐲 𝐒𝐔𝐑𝐈𝐀, 𝐇𝐎𝐓 𝐒𝐏𝐑𝐈𝐍𝐆, 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan PETRA Tahun 2026 bertempat di eRYA by SURIA, Hot Spring, Bentong, Pahang.
Seramai 26 orang peserta dari Bahagian/Unit di Kementerian telah menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan melalui peningkatan kefahaman peranan dan tanggungjawab serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja terhadap visi, misi dan nilai organisasi.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus Pengukuhan Pasukan PETRA 2026. Semoga ilmu dan pengalaman yang diraih dapat memantapkan amalan kerja beretika, bertanggungjawab dan akauntabiliti selaras dengan prinsip perkhidmatan awam.