Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐍𝐒𝐘𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟑 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐊 (𝐈𝐏𝐏𝐓𝐀𝐑), 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa bermula 29 Jun hingga 3 Julai 2026 bertempat di Bilik Wawasan, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kuala Lumpur.
Kursus ini merupakan kerjasama strategik antara PETRA, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pengisian kursus telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Ghalib bin Yunus yang merupakan Munsyi Dewan yang ditauliahkan oleh DBP. Seramai 15 orang pegawai PETRA dan Jabatan di bawah PETRA telah menyertai kursus ini dan menduduki Ujian Kefahaman Bahasa bagi memperoleh tauliah sebagai Munsyi Muda PETRA.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi amal yang bermanfaat serta memberi impak positif kepada kementerian, perkhidmatan awam dan negara.