Kunjungan Hormat Syarikat Air Perlis Ke Atas YBhg. Dato Sri' KSU PETRA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐑𝐈 𝐊𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Air Perlis yang diketuai oleh Encik Nik Nazreen Yusrie bin Nik Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis, di Menara PETRA hari ini.
Sesi pertemuan dua hala ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian dan badan penyelia air negeri, khususnya dalam membincangkan hala tuju serta pemantapan pembangunan infrastruktur bekalan air di negeri Perlis demi kesejahteraan rakyat.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan operator air negeri penting bagi memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, mampan dan berdaya tahan dapat terus dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat.