Kunjungan Hormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Ke Atas Ketua Setiausaha PETRA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟗 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, di Menara PETRA hari ini. Pertemuan ini adalah penting bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Perak, terutamanya dalam menjamin kemampanan tenaga dan bekalan air untuk jangka masa panjang.
Kunjungan ini juga menjadi titik tolak yang signifikan ke arah membuka lembaran baharu yang lebih proaktif dalam pengurusan sumber tenaga dan bekalan air. Selain itu, Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sebarang isu atau kekangan yang timbul perlu ditangani segera secara intervensi bersama. Ini bagi memastikan kelancaran projek sumber tenaga dan bekalan air serta melindungi manfaat dan kesejahteraan rakyat Perak dalam mendapatkan bekalan air yang stabil, di samping terus menyokong pertumbuhan sosioekonomi negeri.
Menerusi semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, pelaksanaan projek sumber dan bekalan air dijangka akan memberi impak positif yang berterusan demi kesejahteraan rakyat Perak secara keseluruhannya.