Kunjungan Hormat SMK Telok Panglima Garang Ke PETRA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐄𝐋𝐎𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima kunjungan hormat YBrs. Puan Hajah Hanizam binti Kassim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang (SMKTPG) dan YBrs. Ir. Haji Shahrul Nizam bin Md Radzi, YDP PIBG. Turut serta pada sesi ini wakil guru, pegawai IWK dan pegawai BPSA PETRA selaku penyelaras SAM2026.
Sesi pertemuan ini telah membincangkan perkembangan status akhir pelaksanaan projek inisiatif Sekolah Angkat MADANI (SAM) di SMKTPG serta Majlis Perasmian SAM yang bakal diadakan pada 19 Oktober 2026. Semua projek SAM di SMKTPG telah selesai dan manfaatnya telah mula dinikmati oleh seluruh warga sekolah.