Kunjungan Hormat Menteri Besar Johor Ke Atas Timbalan Menteri PETRA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟑 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima kunjungan hormat daripada YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor bersama delegasi Kerajaan Negeri Johor di Menara PETRA hari ini.
Sesi pertemuan strategik ini memfokuskan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara kementerian dan pihak negeri, terutamanya dalam menyelaraskan hala tuju pembangunan infrastruktur bekalan air, tenaga, dan projek tebatan banjir di Johor. Perbincangan turut memberi penekanan kepada inisiatif mengurangkan kadar Air Tidak Terbingkai (NRW), percepatan projek kritikal, serta persediaan infrastruktur mampan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
PETRA komited untuk memastikan projek-projek ini dilaksanakan dengan pantas dan berkesan melalui semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Johor.