Kunjungan Hormat Delegasi Unit Audit IWK Ke PETRA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐈𝐖𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟐𝟐 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Unit Audit Dalam Indah Water Konsortium (IWK) bertempat di Menara PETRA.
Sesi pertemuan ini telah disambut oleh YBrs. Puan Azmiza binti Mohd Khalid, Ketua Unit Audit Dalam PETRA. Intipati kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta perkongsian amalan terbaik (best practices) dalam aspek pengauditan dalaman antara kementerian dan agensi.
Komitmen berterusan dalam memantapkan tadbir urus dan integriti menjadi fokus utama bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.