Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Terengganu Ke PETRA

πππππππππππππ πππππ ππππππππ ππππ ππππππππππ ππ πππππ | ππ πππππ ππππ | ππππππ πππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menerima keberangkatan mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu sempena lawatan kerja rasmi Baginda ke Menara PETRA.
Keberangkatan tiba Baginda telah disambut oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, bersama-sama YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA.
Turut sama menyambut keberangkatan Baginda ialah Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.
Sesi lawatan kerja ini disusuli dengan taklimat khas mengenai agenda strategik negara yang diterajui oleh pihak kementerian, khususnya melibatkan inisiatif peralihan tenaga hijau dan transformasi pengurusan air negara demi kemampanan masa hadapan.