Karnival Celik Tenaga 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐂𝐄𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐈𝐏𝐈𝐒, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah menyempurnakan perasmian Karnival Celik Tenaga 2026 yang berlangsung meriah di Arena Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis, Pahang. Penganjuran karnival ini merupakan langkah proaktif kementerian dalam memperkasa kefahaman masyarakat mengenai amalan kecekapan dan kemampanan tenaga, di samping menyemai kesedaran terhadap pemuliharaan sumber secara berhemah.
Hari pertama dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun serta syarikat korporat di bawah sektor tenaga dan air negara. Antara yang turut menjayakan pameran interaktif dan perkongsian ilmu termasuklah JPS, JBA, JPP, NAHRIM, SPAN, Suruhanjaya Tenaga, IWK, MyPOWER Corporation, SEDA Malaysia, PAAB, TNB, Malakoff Corporation Berhad dan NUR Power Sdn. Bhd.
Pelbagai pengisian bermanfaat telah disajikan kepada para pengunjung, bermula seawal pagi dengan aktiviti riadah Walk for Hope, saringan kesihatan, bicara kesedaran kanser, kuiz interaktif, hinggalah ke acara Konvoi Celik Tenaga, persembahan pentas dan sesi cabutan bertuah.
Komitmen teguh serta sokongan padu warga Kuala Lipis pada hari ini membuktikan kesiapsiagaan komuniti setempat dalam mendukung agenda peralihan tenaga ke arah masa depan yang lebih hijau, berdaya tahan dan mampan.