Karnival Bijak Tenaga 2026

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐏𝐎𝐇, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
Suruhanjaya Tenaga (ST) telah penganjuran Karnival Bijak Tenaga 2026 yang berlangsung meriah pada 25 hingga 26 Julai 2026 di Ipoh, Perak.
Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, merangkap wakil rasmi YAB Menteri Besar Perak.
Penganjuran karnival ini berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung, terutamanya warga Perak. Mengangkat konsep 𝘦𝘥𝘶𝘵𝘢𝘪𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 (pendidikan berasaskan hiburan), program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan tenaga, kecekapan penggunaan, serta aspek keselamatan tenaga secara santai dan interaktif.
Turut hadir bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBrs. Puan Mareena Mahpudz, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Puan Siti Safinah Salleh dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, YBhg. Datuk Seri Asri Hamidon.