Jalan Laju @ Briskwalk Siri Merdeka PETRA 2026

𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐉𝐔 @ 𝐁𝐑𝐈𝐒𝐊𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟐𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Kelab PETRA dengan kerjasama PUSPANITA PETRA telah menganjurkan Jalan Laju @ Briskwalk Siri Merdeka PETRA 2026 di Menara PETRA bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.
Program dimulakan dengan acara flag-off yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), PETRA, sebelum warga PETRA dan agensi bersama-sama menyertai aktiviti riadah dalam suasana penuh semangat kemerdekaan.
Acara turut dimeriahkan dengan kepelbagaian busana Melayu klasik dan tradisional yang digayakan oleh warga PETRA, selain pelbagai permainan sukaneka tradisional seperti tarik upih dan lari dalam guni yang menghidupkan suasana nostalgia serta mencerminkan keunikan warisan budaya negara.
Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga PETRA dan agensi atas semangat perpaduan, kekitaan dan patriotisme yang ditunjukkan dalam memeriahkan sambutan bulan kebangsaan!