Inauguration Ceremony Of Pulau Indah Power Plant

๐๐ง๐๐ฎ๐ ๐ฎ๐ซ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฆ๐จ๐ง๐ฒ ๐จ๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐จ๐ฐ๐๐ซ ๐๐ฅ๐๐ง๐ญ | ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ง๐๐๐ก, ๐๐ฅ๐๐ง๐
Majlis Perasmian Stesen Jana Kuasa Pulau Indah (Pulau Indah Power Plant โ PIPP) berkapasiti 1,200 MW telah disempurnakan oleh YAB Datoโ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh YAB Datoโ Seri Amirudin Shari, Datoโ Menteri Besar Selangor, Worldwide Holdings Berhad, serta Pulau Indah Power Plant Sdn. Bhd. atas usaha menjayakan projek ini.
Projek ini menjadi simbol komitmen Malaysia terhadap keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan, di samping memperkukuh keyakinan pelabur antarabangsa. Dengan teknologi Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) moden, loji ini antara yang paling efisien di Malaysia dan akan menjamin bekalan elektrik yang stabil, mampu milik dan mampan untuk rakyat serta industri.
PIPP turut melakar sejarah dengan penyertaan Korea Electric Power Corporation (KEPCO), pelaburan pertama Korea dalam loji janakuasa di Malaysia serta merupakan sebahagian daripada Fasa 1 National Energy Transition Roadmap (NETR), pelan tenaga bersih negara menuju masa depan rendah karbon.
Turut hadir menyerikan majlis ialah YBhg. Datoโ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), barisan kepimpinan negeri, pihak pengurusan Worldwide Holdings Berhad, Pulau Indah Power Plant Sdn. Bhd., serta wakil-wakil KEPCO.