Hari Psikologi PETRA Tahun 2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mengadakan Hari Psikologi PETRA tahun 2026 bertemakan "Reset Minda: Urus Emosi, Kukuhkan Prestasi" pada 19 Oktober 2026 bertempat Dewan Baiduri, Menara PETRA. Seramai 150 orang pegawai Kementerian dan Jabatan menyertai program ini dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Syaripah Nurzalilie binti Syed Kamarzaman, Setiausaha Bahagian, Pengurusan Sumber Manusia, PETRA.
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA menerusi ucapan beliau di dalam video montaj menekankan kepentingan pengurusan emosi dan kesejahteraan psikologi di kalangan penjawat awam di mana beliau menggalakkan agar seluruh warga PETRA sentiasa mengambil berat terhadap kesejahteraan diri dan rakan sekerja serta tidak teragak-agak mendapatkan bantuan dan sokongan apabila diperlukan.
Slot Forum bertajuk "Di Sebalik Senyuman: Memahami Kesihatan Mental" telah dikendalikan oleh moderator, Puan Ezrina Binti Abdul Rahman (Pegawai Psikologi, Kolej Komuniti Hulu Langat) bersama panel forum, Encik Ahmad Fadzli bin Ab. Aziz yang merupakan Kaunselor Berdaftar, Panel Tetap TV dan Radio serta panel forum, Puan Nurazamila binti Marni yang merupakan Pemandiri Kesihatan Mental dan Aktivis Kesihatan Mental.
Slot Bicara Jiwa bertajuk "Bila Penat Tidak Dipandang, Jangan Hilang Harapan" telah disampaikan oleh Da’i Izzhar Nazri, seorang Penceramah Bertauliah, Panel Radio Zayan (Slot Bukan Nama Sebenar), penulis buku serta rancangan bual bicara television.
Semoga pengisian dan perkongsian yang telah disampaikan menjadi pemangkin kepada pembudayaan kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga PETRA, seterusnya membentuk persekitaran kerja yang lebih empati, harmoni dan saling menyokong. Ayuh kita reset minda, urus emosi dan kukuhkan prestasi!
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐬𝐢𝐤𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔