Hari Kedua Konvensyen PBT dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia

𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐏𝐁𝐓) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
Meneruskan pengisian pada hari kedua Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menjayakan Sesi Pembentangan 3 bertajuk "PBT Bijak Tenaga: Ke Arah Mencapai Perbandaran Lestari Bersama PETRA" di Pentas Mini, Bertam Resort Penang.
Sesi ini menampilkan perkongsian penting daripada Puan Khalilulnisha binti Abu Bakar, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Kecekapan Tenaga, Bahagian Tenaga Lestari (PETRA) serta Encik Norazrin bin Rupadi, Timbalan Pengarah, Seksyen Kawal Selia Kecekapan dan Konservasi Tenaga (ST).
Pembentangan ini menjadi platform utama dalam mempromosikan kecekapan tenaga dan pelaksanaan inisiatif hijau di peringkat pengurusan kerajaan tempatan. PETRA komited untuk memperkasakan peranan PBT di seluruh negara dalam mempercepatkan agenda transformasi tenaga serta membina perbandaran yang mesra alam, cekap, dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat.