CSR Masjid Darul Malihah, Kota Samarahan dan Masjid Al-Abyad, Matang, Kuching

𝐂𝐒𝐑 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐡, 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 & 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐀𝐛𝐲𝐚𝐝, 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 | 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Program PETRA Skuad yang diterajui oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta delegasi PETRA telah mengadakan lawatan ke Masjid Darul Malihah, Kampung Bukit Berangan, Kota Samarahan dan Masjid Al-Abyad, Matang, Kuching. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sempena siri jelajah PETRA Skuad Zon Sarawak 2026.
Pelaksanaan CSR Wakalah merupakan fasa awal (initial rollout) TNB di Sarawak sebagai rakan strategik nasional bagi memperkukuh kesejahteraan komuniti. Dalam masa yang sama, SPAN turut melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat melalui platform Masjid Rakan SPAN untuk mempromosikan penggunaan air secara berhemat melalui pemasangan produk berlabel cekap air.
Bagi fasa pertama di Sarawak ini, dua buah institusi masjid telah dipilih sebagai penerima manfaat CSR daripada kedua-dua agensi tersebut:
· 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐡, 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧: Menerima sumbangan Wakalah RM10,000 daripada TNB serta 30 unit pili cekap air bernilai RM1,200 daripada SPAN.
· 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐀𝐛𝐲𝐚𝐝, 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠: Menerima sumbangan Wakalah RM10,000 daripada TNB serta 40 unit pili cekap air bernilai RM1,600 daripada SPAN.
Kesimpulannya, inisiatif CSR PETRA Skuad bersama TNB dan SPAN mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa komuniti serta mempromosikan penggunaan tenaga dan air secara berhemah, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan untuk rakyat.