Bual Bicara TKSU (Tenaga) Dalam Rancangan Apa Khabar Malaysia

𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀) 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 | 𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YBrs. Puan Mareena Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah diundang oleh BERNAMA dalam bual bicara bertajuk Mendepani Krisis Bekalan Global Sektor Tenaga yang bertempat di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur.
Dalam sesi tersebut, beliau menegaskan bahawa fokus utama Kerajaan adalah untuk memastikan bekalan tenaga negara kekal mampan dan tidak terputus di sebalik lonjakan kos bahan api dunia akibat ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
Sebagai langkah proaktif, PETRA turut memperkenalkan pelbagai insentif melalui jadual tarif baharu termasuk Insentif Cekap Tenaga (ICT) bagi menggalakkan penggunaan tenaga secara bijak dan berhemah. Rakyat disarankan untuk memanfaatkan inisiatif seperti pemasangan panel solar dan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang bagi membantu mengawal kos bil elektrik domestik.
Walaupun krisis global berada di luar kawalan, Kerajaan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertindak sebagai satu pasukan dalam memelihara kemampanan tenaga demi masa depan generasi akan datang.