Bengkel SHARE HRMIS Bilangan 2 dan 3 Tahun 2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄 𝐇𝐑𝐌𝐈𝐒 𝐁𝐈𝐋. 𝟐 & 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Unit HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PETRA telah mengadakan Bengkel SHARE HRMIS Bilangan 2 dan 3 Tahun 2026 Modul Pengurusan Rekod Peribadi dan Sub Modul Pengurusan Cuti pada 8 dan 9 Oktober 2026 bertempat di Bilik Latihan ICT, Bahagian Pengurusan Maklumat PETRA.
Bengkel ini dihadiri oleh semua Pegawai Tadbir Bahagian (PTB) di PETRA bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan penguasaan modul-modul di dalam Sistem HRMIS dan berkongsi isu-isu berkaitan pelaksanaan sub modul HRMIS.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Encik Mohanraj A/L Govindaraju, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Perjawatan Dan Organisasi dan tenaga pengajar adalah Encik Faizul Amri Bin Sarkom, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Unit HRMIS.