Bengkel Pengurusan Jenazah PETRA

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟔 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Surau An-Nur, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah: Memperkasa Ilmu Fardhu Kifayah bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ustaz Rafie Zainal, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Undertaker. Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan serta kemahiran praktikal kepada para peserta mengenai tatacara pengurusan jenazah menurut syariat Islam, merangkumi proses memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah urusan pengebumian.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA, warga kerja PETRA serta wakil warga kerja jabatan berhampiran seperti JKPTG, JAS dan PGN-NRES.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui bengkel ini memberi manfaat yang berterusan serta memperkasakan kefahaman fardhu kifayah dalam kalangan warga kerja.