Bengkel Pengguna Digital Document Management System (DDMS 2.0)

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐎𝐂𝐔𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐃𝐃𝐌𝐒 𝟐.𝟎) 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) | 𝟐𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Bengkel anjuran Unit Pengurusan Rekod, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), PETRA ini telah dihadiri oleh seramai 48 orang wakil Bahagian/Unit. Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah Encik Mohd Haizad bin Samian daripada Jabatan Digital Negara (JDN).
DDMS 2.0 merupakan sistem pengurusan rekod Kerajaan secara digital yang meliputi keseluruhan kitaran hayat rekod, bermula dari pewujudan, penyimpanan, pengedaran, penyenggaraan, dan pelupusan rekod.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga kerja PETRA sebagai persediaan dan sokongan kepada inisiatif Pendigitalan Pentadbiran Organisasi Tanpa Kertas (Paperless).
Bengkel ini juga adalah untuk memastikan semua Bahagian/Unit di PETRA bersedia sepenuhnya dalam pelaksanaan DDMS 2.0. dan ianya merupakan langkah penting bagi PETRA dalam menjayakan transformasi digital seiring dengan agenda Malaysia Madani