Bengkel Pemerkasaan Peranan Pembantu Khidmat Am (PKA) PETRA 2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐌 (𝐏𝐊𝐀) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟒 & 𝟐𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐈𝐂𝐂, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Peranan Pembantu Khidmat Am (PKA) PETRA 2026 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Penganjuran bengkel selama dua hari ini berfungsi sebagai platform strategik untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman warga PKA mengenai peranan, skop tugas, dan tanggungjawab baharu susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Selain itu, program ini memberi penekanan khusus kepada penerapan konsep berbilang tugas (multitasking) dan berbilang kemahiran (multi-skilling), pemantapan Deskripsi Tugas (JD), serta pembangunan kompetensi secara menyeluruh. Langkah ini penting bagi memastikan warga PKA sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan keperluan organisasi semasa.
Usaha berterusan ini membolehkan warga PKA mempertingkatkan kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan sokongan demi menyokong kecemerlangan PETRA.