Bengkel Pemantapan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 (𝐒𝐈𝐒𝐏𝐀𝐀) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟒 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
Bengkel Pemantapan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah diadakan pada 12 hingga 14 Februari 2026 di Pulau Pinang melibatkan pegawai-pegawai penyelaras aduan daripada Kementerian serta agensi di bawah PETRA dengan menyasarkan pegawai aduan yang baru dilantik di peringkat Kementerian serta Agensi.
Tujuan bengkel adalah bagi memperkasa penggunaan SISPAA di kalangan pegawai penyelaras dalam melaksanakan aduan yang lebih efektif dan berkesan.
PETRA menzahirkan ribuan terima kasih atas kerjasama pegawai-pegawai Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri iaitu Puan Harizan binti Hussin, KPP Unit Aduan BPA selaku Penceramah, Puan Mastura Noraini binti Mohd Hassan (Fasilitator) dan Puan Nur Syafiqah binti Saiful Yezin (Fasilitator) yang telah memberi tunjuk ajar serta panduan kepada pegawai-pegawai penyelaras pengurusan aduan PETRA pada bengkel SISPAA kali ini.