Bengkel Pemantapan Perhubungan Pementoran PETRA 2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perhubungan Pementoran pada 28 September 2026 bertempat di Bilik Makan VIP, Aras 13, Menara PETRA. Bengkel ini disertai seramai 11 pasangan mentor dan menti yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian dan Jabatan.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Siti Hasiah binti Hj. Jusoh, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkukuh kemahiran mentor dan menti PETRA dalam aspek bimbingan dan pembangunan diri, menyokong peningkatan prestasi kerjaya serta kesejahteraan psikososial, di samping meningkatkan kecekapan dalam aspek personal, sosial, budaya dan profesionalisme sebagai penjawat awam.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah menamatkan bengkel dengan jayanya. Semoga ilmu yang telah diperoleh dapat dimanfaatkan untuk kementerian, perkhidmatan awam dan negara.