Bengkel FGD, CRVA, TWG dan MyNAP

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐅𝐎𝐂𝐔𝐒 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐔𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 (𝐅𝐆𝐃) 𝐂𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐀𝐍𝐃 𝐕𝐔𝐋𝐍𝐄𝐑𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐂𝐑𝐕𝐀) 𝐓𝐖𝐆 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀𝐏𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐌𝐲𝐍𝐀𝐏) | 𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐂𝐘𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Bahagian Sumber Air telah menganjurkan Bengkel Focus Group Discussion (FGD) Climate Risk and Vulnerability Assessment (CRVA) Technical Working Group (TWG) Sumber Air dan Pantai bagi Pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) bertempat di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya.
Bengkel kerjasama teknikal melibatkan pakar daripada Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pihak-pihak berkepentingan jabatan/agensi Persekutuan dan Negeri.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memperhalusi serta mengesahkan dapatan awal penilaian risiko dan kerentanan iklim sektor sumber air dan pantai, merangkumi empat subsektor utama yang telah dikenal pasti.
Hasil bengkel akan memperkukuh kualiti laporan penilaian dan menyediakan asas saintifik bagi merangka strategi adaptasi iklim yang lebih berkesan, mampan dan berdaya tahan demi kelestarian sumber air negara.