Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PETRA

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) | 𝟏𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐀𝐕𝐄𝐍𝐔𝐄 𝐂𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑 (𝐁𝐀𝐂𝐂)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada 168 orang warga kementerian dan jabatan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025 dalam majlis yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) hari ini.
Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Penganugerahan ini merupakan manifestasi penghargaan Kerajaan terhadap komitmen jitu, dedikasi tinggi, serta prestasi luar biasa yang telah dipamerkan oleh para penerima dalam menggalas amanah demi kemajuan sektor tenaga dan transformasi air negara.
Semoga pengiktirafan ini membakar semangat seluruh warga PETRA untuk terus membudayakan kecemerlangan dan integriti demi memberikan perkhidmatan yang terbaik melampaui ekspektasi buat rakyat dan negara.